Kumpulan POLISH yang mewakili Perpustakaan UTeM telah berjaya mendapat penarafan EMAS bagi pertandingan projek inovasi di Konvensyen Team Excellence, Wilayah Tengah anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 25 Julai 2017 bertempatdi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ahli Kumpulan POLISH terdiri daripada Puan Nurul Akmar Mehat yang bertindak sebagai fasilitator, Mohamad Azhari Johari sebagai Ketua Kumpulan, juga 7 orang ahli iaitu Siti Syahirah Ab. Rahim, Ahmad Tarmizi Abdul Hadi, Mohd Hannif Jamaludin, Noor Rahman Jamiah Jalil, F.Haslinda Harun, Nor Aini Md Jali dan Nik Syukran Muiz. Kumpulan ini membawa tajuk projek “Kegagalan Menutup Komputer Selepas Digunakan” iaitu kaedah inovatif penjimatan elektrik melalui penutupan komputer secara automatik selepas tamat waktu bekerja.

pastedImage

POLISH juga berjaya mendapat penarafan PERAK di Konvensyen KIK Universiti Awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 1-3 Ogos 2017.

20620809_10207237592978291_4316736373588220650_n

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kumpulan POLISH di atas kemenangan ini yang sekaligus mengharumkan nama Perpustakaan dan UTeM.

Advertisements