Pada 9hb Ogos telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan 1 UTeM Bil.2/2017 yang telah dikendalikan oleh Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Dewan Besar UTeM.

Banyak maklumat berkaitan FTMK seperti pembangunan, hasil penyelidikan, anugerah dan lain-lain dikongsikan oleh Dekan fakulti tersebut iaitu Profesor Dr. Burairah Husin. Selain itu, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UTeM turut menyampaikan ucapan beliau pada majlis tersebut.

Pada 10hb Ogos pula telah berlangsungnya Program Cancellor’s Talk ¬†2017 di Dewan Besar UTeM oleh Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali merangkap Pengerusi Ahli Lembaga UTeM. Tajuk yang disampaikan adalah Hindsight-Insight & Foresight 2.0. Program ini turut diserikan dengan pelancaran Buku Pelan Strategik Sumber Manusia (PSSM) 2015-2025 UTeM yang julung kali dilancarkan dalam kalangan Universiti Awam (UA). Program berakhir pada jam 12.30 tengahari.

DGwH6H6U0AA7-PX

DG1J0VlVoAEcAuS.jpg large

Advertisements