Perpustakaan UTeM telah mengambil bahagian dalam mengadakan pameran di Program Komuniti “Ilmu Dicari, Negara Dihargai” Anjuran PERPUSTAM pada 12 Ogos 2017 (Sabtu) yang lalu bertempat di Perpustakaan Desa 1 Malaysia Durian Tunggal.

Majlis telah bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari dan dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Ab Wahab Ab Latip yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Durian Tunggal.

Antara objektif program ini adalah untuk melahirkan perasaan bangga dan cinta akan Negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri di kalangan masyarakat serta mewujudkan masyarakat berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan perpustakaan sebagai pusat ilmu.

Kumpulan sasaran bagi program ini termasuklah, pelajar sekolah rendah dan menengah serta komuniti setempat.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada staf yang turut serta di dalam program ini.

Advertisements