Pada 17 Ogos 2017, jam 10.30 pagi Perpustakaan UTeM telah menerima lawatan penandaarasan dari staf Unit Pendidikan Pelanggan, Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM Bangi. Seramai 16 orang staf yang terdiri daripada Timbalan Ketua Pustakawan, Pustakawan Kanan, Pustakawan dan staf telah hadir dalam sesi lawatan ini.

DSC_2995 Collage

Antara tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau perkhidmatan perpustakaan dengan pengkhususan aspek-aspek berikut:

i) Perkhidmatan Rujukan & Khidmat Nasihat

ii) Perkhidmatan Pendidikan Pengguna

iii) Perkhidmatan Pelanggan & kaunter serta lain-lain yang berkaitan

Ucapan aluan telah diberikan oleh Pn. Siti Saluwa Jamal, selaku Timbalan Ketua Pustakawan Kanan manakala taklimat lawatan telah disampaikan oleh Pn. Norshahila Che Din. Staf juga turut dibawa ke Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan kawasan sekitar Perpustakaan UTeM untuk melihat dengan lebih lanjut perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kepada pengguna. Sesi lawatan ini diakhiri dengan jamuan tengahari dan bersurai jam 1.30 petang.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

 

Advertisements