Satu lawatan penandaarasan telah dibuat pada 25 hingga 27 Ogos 2017 ke Perpustakaan Sultanah Zahirah (UMT) dan Perpustakaan Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Seramai 28 orang staf yang terdiri daripada Timbalan Ketua Pustakawan, Pustakawan Kanan,  dan Pembantu Pustakawan telah menyertai lawatan ini.

3lawatan4781912922271013232512

Antara tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau perkhidmatan perpustakaan dengan pengkhususan aspek-aspek berikut:

  • Skop lawatan ini adalah untuk melihat sendiri tatacara, pelaksanaan dan amalan yang dipraktikkan di kedua-dua perpustakaan tersebut.
  • Lawatan ini juga akan melihat perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dijalankan oleh setiap bahagian di perpustakaan awam dan di kedua-dua perpustakaan akademik tersebut.

Selain itu tujuan lawatan ini juga adalah untuk membuat tandaaras berkenaan dengan pelaksanaan waktu bekerja syif (bagi staf yang bertugas di Kaunter Sirkulasi) serta skop tugas-tugas yang dilaksanakan di bahagian perkhidmatan dan teknikal.

Advertisements