Laman Hikmah UTeM telah menyertai InDeLib 2017 pada 13 September 2017 yang lalu bertempat di Dewan Tun Abu Zahar, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur dan berjaya meraih Anugerah Perak bagi projek ” Library Navigator” dalam Kategori Ciptaan (Kategori A: Organisasi). Laman Hikmah terdiri daripada lima orang ahli yang diketuai oleh Puan Nurul Akmar Mehat, Muhammed Rashid Mat Derus, Kamariah Kamis, Suzana Lazim dan Mohd Hannif Jamaludin.

Sebanyak 76 projek telah dipertandingkan di mana ianya terbahagi kepada tiga kategori iaitu ciptaan, inovasi dan rekabentuk. Bagi kategori cptaan sebanyak 20 projek telah bertanding dan Laman Hikmah UTeM telah menerima anugerah Perak manakala anugerah Emas telah dimenangi oleh Perpustakaan Sultan Zainal Abidin (UniSZa).

Antara kriteria penilaian adalah seperti berikut:

  • Originality (Novelty and Uniqueness)
  • Creativity (Creative and Innovative Idea)
  • Practically (Useful in solving problem)
  • Thoroughness ( Level of completeness of the project)

Selain itu, projek yang berjaya akan dipamerkan di dalam “Library Boulevard” semasa World Library and Information Congress (WLIC) 2018 anjuran International Federal of Library Association and Institutions (IFLA). Pertandingan ini merupakan penyertaan kali pertama oleh Laman Hikmah dan merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna selain menjadi platform untuk membangunkan kreadibiliti perpustakaan dan profesion Pustakawan sebagai agen pelengkap kepada usaha pembelajaran sepanjang hayat.

Taniah diucapkan kepada semua peserta!

IMG_20170913_090740

IMG_20170913_091841

IMG_20170918_123210

IMG_20170918_120501

IMG-20170913-WA0044

Advertisements