Aktiviti penilaian oleh pengauditan MyRA, SETARA dan QS Rangking menunjukkan output penerbitan jurnal UTeM masih jauh dari sasaran Universiti. Justeru itu, pihak Perpustakaan Laman Hikmah komited menganjurkan bengkel penulisan jurnal bagi menyokong para penyelidik meningkatkan penerbitan jurnal berimpak tinggi di persada dunia.

Bengkel Secret Revealed: How To Get Published In High Impact Scientific Journals! telah diadakan pada 27 September 2018 (Khamis) di Bilik Jamuan, Dewan Canselor, UTeM. Seramai 56 peserta yang terdiri daripada akademik, penyelidik serta palajar pasca siswazah telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini anjuran Unit Bantuan Penyelidikan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Laman Hikmah bersama Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (CRIM), Pusat Kecemerlangan UTeM (CoE-CeTRI) DAN UTeMASA.

Antara objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan penerbitan jurnal yang mempunyai impak faktor dan memberi pendedahan kepada penyelidik penulisan jurnal yang berkesan. Selain itu, meningkatkan daya saing antara akademia, penyelidik dan pelajar  untuk menghasilkan penerbitan jurnal yang berkualiti tinggi.

Bengkel ini dimulakan dengan pembentangan pertama iaitu Introduction & A Publisher’s Guide to Writing Manuscripts oleh Profesor Dr. Zahriladha bin Zakaria selaku Penyelaras bagi CoE CeTRI. Seterusnya, pembentangan kedua berjudul Secret Revealed & Tips oleh Dr. Anas Bin Abdul Latiff yang merupakan Pensyarah Kanan, FKEKK. Sesi terakhir adalah Practical & Hands-on Coaching oleh kedua-dua penceramah jemputan.

Bengkel ini telah mendapat maklum balas dan sambutan yang baik daripada peserta dan diharapkan perkongsian ini memberi semangat yang sangat positif daripada semua peserta.

Advertisements