Pada  9 Oktober 2018, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Melaka telah menganjurkan  SKMM Talk @ Library bertajuk ‘Klik Dengan Bijak’ di Bilik Tayangan, Aras 2, PLH. Aktiviti anjuran Unit Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Rujukan, ini dihadiri oleh 70 orang peserta daripada staf dan pelajar UTeM, pelajar Kolej Yayasan Saad (KYS) dan pelajar Kolej Vocasional Melaka Tengah (KVMT).

Penerangan yang telah diberikan adalah berkaitan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek utama iaitu keselamatan, kewaspadaan, dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet kepada staf dan pelajar. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Faezah Noor binti Misnon, yang merupakan Pengurus Pusat Internet Murai Jaya.

Di antara lain objektif penganjuran talk show ini adalah untuk menjalin kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan agensi kerajaan bagi meningkatkan hubungan dengan komuniti di samping mempromosi perkhidmatan perpustakaan kepada warga universiti, agensi kerajaan dan masyarakat luar.

Selain itu juga, pada hari tersebut turut dibuka kaunter perkhidmatan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Negeri Melaka di Ruang 24 Jam bagi tujuan pendaftaran pemilih baru, permohonan pertukaran tempat mengundi dan lain-lain.

Taklimat bermula pada jam 10.15 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.

Advertisements