TARIKH                      :           RABU, 10 OKTOBER 2018

MASA                         :           2.50 PETANG HINGGA 4.00 PETANG

TEMPAT                     :           BANGUNAN PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH & PBPI

Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada warga dan pengguna  Bangunan Perpustakaan Laman Hikmah  & Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan,Kampus Induk UTeM tentang bahayanya kebakaran, tatacara dan tindakan tepat yang harus diambil sekiranya terjadi kebakaran.

Latihan Kebakaran ini turut melibatkan penglibatan dan kerjasama  daripada pelbagai pihak seperti dibawah:

  1. Pegawai Bomba Bahagian Latihan. Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka.
  2. Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerja UTeM.
  3. Bahagian Keselamatan UTeM.
  4. Wakil Pusat Tanggungjawab (Pemerhati)
  5. Pusat Kesihatan UTeM

Sesi latihan ini diakhiri dengan sesi postmortem, bergambar dan jamuan petang.

 

Advertisements