Demo untuk pangkalan data IET Digital Library ini telah disampaikan oleh Encik Nasrun Ismail wakil dari syarikat Accucoms yang membekalkan pangkalan data ini. Demo ini memberi pendedahan kepada pengguna Perpustakaan Laman Hikmah untuk mendapatkan sumber maklumat dan rujukan melalui IET Digital Library.

IET Digital Library adalah global repositari yang berfokuskan kajian dan juga informasi  yang terbaik dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi. IET jugak menyediakan lebih kurang 190,000 kertas teknikal serta 5,000 ebook untuk dilayari, dengan penambahan 450 dokumen baru setiap bulan IET akan memastikan pengguna akan mendapat sumber kajian yang terkini dengan kaedah ‘e-first’.

Antara peserta yang hadir bagi sesi demo ini terdiri daripada CRIM, FKE, FKEKK, FKM, FKM, FKP, FTKEE, FTMK, PBPI dan para pelajar UTeM.

Selain IET Digital Library, wakil pembekal turut membuat penerangan berkaitan produk IET.tv dan IET Inspec.

Advertisements