TARIKH  : Rabu, 17 Oktober 2018

MASA   : 2.30 Petang Hingga 4.30 Petang

TEMPAT  :  Bilik Tayangan Aras 2,

Perpustakaan Laman Hikmah

PENCERAMAH :  YBhg. Profesor Dr Sohaimi bin Zakaria,

Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi     MARA (UiTM)

Program Executive talk “Transisi perpustakaan generasi baharu: Memenuhi atau syok sendiri?”  yang dianjurkan oleh Seksyen Sirkulasi Perpustakaan Laman Hikmah pada 17 Oktober 2018 (Rabu) bermatlamatkan untuk mengajak peserta memahami kepentingan dan halatuju pengurusan dan penyediaan perkhidmatan perpustakaan dalam memenuhi kesesuaian generasi baharu pengguna kini. Selain itu, ianya turut berperanan sebagai medium perkongsian idea dan pandangan dari kaca mata seorang profesional maklumat dari pelbagai aspek pembaharuan dunia perpustakaan. Program ini turut menyasarkan Individu atau organisasi yang terlibat dalam bidang kepustakawanan dan pusat sumber maklumat di Malaysia.

Yuran penyertaan bagi program ini ialah sebanyak RM20.00 seorang. Antara organisasi yang menghantar penyertaan dalam program ini ialah KYS Businese School , Perpustakaan Universiti Teknologi Petronas, Melaka Manipal Medical College, International Medical College Melaka, Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan Universiti Multimedia. Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM turut hadir dalam program ini seramai 12 orang.

Program dimulakan pada jam 2.30 petang dengan pengenalan kepada penceramah jemputan YBhg. Profesor Dr Sohaimi bin Zakaria, Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA (UiTM). Antara topik dan isu yang dikupas oleh oleh YBhg. Profesor Dr Sohaimi ialah relevansi kelangsungan tugas pustakawan dalam cabaran masa kini dan akan datang, penyelidikan-penyelidikan terkini berkaitan dunia perpustakaan dan maklumat serta perkhidmatan mengikut keperluan pengguna generasi baru.

Seminar Executive Talk ini telah berakhir pada jam 5.00 petang. Satu sesi bergambar bersama peserta turut diadakan dan seterusnya para peserta serta penceramah di jemput menikmati jamuan yang disediakan. Semoga seminar ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.

Advertisements