Penganjuran sesi Guide to Getting Published merupakan satu platform untuk memberi bimbingan, pendedahan dan peluang kepada penyelidik untuk menerbitkan penulisan ilmiah yang berimpak tinggi dan terindeks. Hampir 290 jurnal terbitan Emerald tersenarai di dalam Web of Science dan 90% jurnal berada di dalam senarai Scopus. Ianya seiring dengan penarafan kecemerlangan penyelidikan UTeM di kalangan Universiti Awam lain dan secara tidak langsung akan meningkatkan bilangan penerbitan UTeM di Emerald.

Unit Bantuan Penyelidikan dengan kerjasama Emerald Group Publishing telah menganjurkan Guide to Getting Published (GGP) pada 14 November 2018 (Rabu) bertempat Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM. Seramai 12 peserta telah menghadiri sesi GGP ini yang terdiri daripada ahli akademik dan pelajar pasca siswazah. Sesi ini dikendalikan oleh wakil Emerald iaitu En. Elvin Cheah (Business Manager, East Asia, Emerald Publishing).

Antara objektif pengajuran GGP kali ini adalah menggalakkan penyelidik dalam aktiviti penerbitan seperti penghasilan penerbitan ilmiah yang berkualiti serta mempunyai jaringan penyelidikan di peringkat antarabangsa, memberi pendedahan proses penerbitan di dalam jurnal berwasit terbitan Emerald dan terindeks Scopus dan Web of Science, meningkatkan bilangan penerbitan artikel jurnal dan lain-lain di dalam pangkalan data Emerald serta Meningkatkan penerbitan UTeM menjelang tahun 2018 seiring dengan harapan ke arah MyRA 5 bintang.

Sebelum sesi GGP bermula, telah berlangsung juga majlis ringkas penyampaian sijil penghargaan Emerald Literati Award 2018 for Highly Commended Paper bagi artikel berjudul “A Holistic Perspective on Sustainable Banking Operating System Drivers : A Case Study of Maybank Group”. Wakil Emerald, En. Elvin Chiah sendiri telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Puan Siti Saluwa binti Jamal (Timbalan Ketua Pustakawan) sebagai mewakili semua penulis (Prof. Madya Dr. Boon Cheong Chew, Miss Lay Hong Tan, Prof. Madya Dr. Syaiful Rizal Hamid) yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut. Majlis ringkas ini bertujuan bagi memberi galakan kepada peserta dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang berimpak tinggi.

Advertisements