Seramai 15 orang Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) yang diketui oleh Puan Hasnita Binti Ibrahim merangkap Naib Presiden I, PPM telah hadir bagi sesi lawatan kerja ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) pada 21 Disember yang lalu. Lawatan telah tiba pada jam 2.30 petang dan dimulakan dengan sesi taklimat oleh En. Azman Bin Hj. Ayup, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PLH. Turut hadir bersama sewaktu sesi taklimat berlangsung adalah Timbalan Ketua Pustakawan iaitu En. Arman Bin Mohamad, Pustakawan Kanan dan Pustakawan PLH.

Selain itu, ahli PPM turut berkongsi maklumat persatuan kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan Pustakawan PLH untuk mendaftar sebagai ahli PPM. Selesai taklimat oleh kedua-dua belah pihak, cenderahati diedarkan kepada semua ahli PPM yang hadir sebagai tanda peringatan. Ahli lawatan seterusnya menikmati jamuan petang yang telah disediakan dan diikuti dengan library tour.

Lawatan selesai pada jam 5.00 petang dan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan sebelum masing-masing beransur pulang bagi persiapan sanggar kerja PPM di Melaka. Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Pustakawan Malaysia kerana sudi berkunjung ke PLH. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang!

 

Advertisements