Bengkel Penambahbaikan Dasar, Peraturan dan Garis Panduan anjuran Unit Pengurusan Strategik dan Dasar Kualiti, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah diadakan pada 9 hingga 10 Januari 2019, bertempat di ‘Smart Room’, PLH. Bengkel bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Norashikin binti Mohd Yunus, Timbalan Penasihat Undang-Undang, Pejabat Penasihat Undang-Undang, UTeM. Seramai 20 orang staf telah menghadiri bengkel ini termasuk Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Timbalan Ketua Pustakawan, Pustakawan Kanan, Pustakawan dan Pembantu Pustakawan Kanan, PLH.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada para peserta mengenai tatacara untuk membangunkan sesuatu dasar, peraturan dan garis panduan disamping dapat mengetahui perbezaan di antara ketiga-tiga perkara tersebut serta kandungan yang terkandung di dalamnya. Staf juga berpeluang bertanya sebarang kemusykilan yang berkaitan dan membuat semakan terhadap peraturan yang telah dibangunkan di Bahagian/Seksyen masing-masing sewaktu bengkel dijalankan. Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini dapat memantapkan lagi kefahaman staf dalam melaksanakan dasar, peraturan dan garis panduan di PLH.

Advertisements