AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001 : 2015 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL

Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International telah dilaksanakan pada 20 hingga 21 September 2018 yang lalu bertempat di Perpustakaan Laman Hikmah. Pasukan audit SIRIM yang diketuai oleh Puan Mariam Mohamed Zin dan dibantu oleh Puan Efizan Zamri telah mengaudit Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang memfokuskan kepada skop Pengurusan Perkhidmatan Perpustakaan Laman Hikmah. Wakil Pengurusan bersama-sama pegawai dan staf telah memberikan kerjasama sepenuhnya sehingga program pengauditan ini berakhir.

Hasilnya, SPK Perpustakaan Laman Hikmah  berjaya memenuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 dengan hanya menerima 5 peluang penambahbaikan (OFI) tanpa laporan ketakakuran (NCR) dan disyorkan diteruskan tanpa pindaan.

Ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan staf Perpustakaan Laman Hikmah, serta pihak yang berkaitan atas bantuan dan sokongan bagi mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 Perpustakaan Laman Hikmah.

DngGdi5U4AEiMsZ

DngGdgiVYAAbXFT

DngGdgiU8AEHyfX

DngGdyJUwAA8dmp

Advertisements

LAWATAN DELEGASI IFLA WLIC 2018 KE PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH (PLH)

03_Banner-Top

30 Ogos 2018 yang lalu merupakan hari yang cukup bermakna buat warga perpustakaan kerana dipilih menjadi salah satu destinasi bagi tujuan lawatan delegasi International Federation of Library Association And Institution (IFLA) bersempena dengan World Library and Information Congress 2018 yang ke-84. Persidangan ini telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre selama seminggu bermula pada 24 hingga 30 Ogos 2018 dengan tema yang dipilih iaitu “Transform Libraries, Transform Societies”. Seramai 3000 lebih peserta dari 111 negara telah menghadiri persidangan pada kali ini termasuklah Malaysia, USA, China, Singapore, Jerman, Australia, Korea dan lain-lain.

Lawatan delegasi ke Perpustakaan Laman Hikmah telah dihadiri oleh 60 orang peserta luar negara dan 11 orang sukarelawan dan media dari Malaysia. Delegasi telah disambut oleh staf perpustakaan dan tarian kebudayaan oleh pelajar UTeM. Seterusnya adalah sesi bergambar dan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Maklumat, En. Mohd Isa Mohd Dom, diikuti oleh ucapan ringkas dari Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, En. Azman Haji Ayup.

Turut diadakan pada hari tersebut adalah pameran oleh Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka dan juga pameran e-Beca oleh CeRIA-CTeD. Seterusnya adalah lawatan sekitar PLH di mana penerangan telah diberikan oleh semua Pustakawan yang terlibat kepada delegasi yang hadir. Rata-rata mereka memberikan maklum balas yang sangat positif kepada PLH khususnya dan juga Malaysia amnya.

Lawatan diakhiri dengan jamuan ringan berserta cenderahati yang  telah disediakan khas buat delegasi IFLA yang hadir. PLH merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang lawatan ini berlangsung. Semoga lawatan ini memberikan seribu makna buat warga PLH dan diharapkan dapat bertemu lagi pada masa akan datang.

 

 

 

TURNITIN TRAINING FOR UTeM INSTRUCTOR

TURNITIN TRAINING FOR INSTRUCTOR 2018

Turnitin merupakan satu penyelesaian yang komprehensif bagi mengenalpasti plagiat dalam penerbitan ilmiah. Turnitin telah digunakan hampir 15,000 institusi di 150 negara.

Melihat kepada keberkesanan Turnitin, Unit Bantuan Penyelidikan dengan kerjasama Apex Knowledge telah mengadakan Turnitin Training for UTeM Instructor buat kali kedua pada 8 Ogos 2018. Kali pertama telah diadakan pada 16 Januari 2018. Seramai 30 peserta telah hadir ke sesi latihan ini yang terdiri daripada staf akademik serta pustakawan.

Pada sesi latihan kali ini, peserta diberikan tips dan kaedah dalam mengenalpasti plagiat di dalam penulisan ilmiah samaada semakan projek pelajar mahupun pensyarah sendiri, khususnya dalam tesis dan penerbitan artikel. Sesi kali ini, dikendalikan oleh En. Mazlan Abd Latif yang merupakan wakil Turnitin Malaysia.

DkD2-BtVAAEVn3i

DkD3AcbU0AAKcLK

Belangsungkawa Khairul Redzwan b. Md Ali (24 September 1983 – 3 Ogos 2018)

Perginya sahabat kami Saudara Khairul Redzwan b. Md Ali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2018 pada jam 10.45 pm di Hospital Sultan Ismail. Doktor mengesahkan penyakit dan punca kematian beliau adalah “Advanced Presacral Tumor”. Mayatnya dibawa kerumah keluarga di Tampoi, Johor Bahru untuk dimandi dan disolatkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Alif, Tampoi pada 4 Ogos 2018 jam 11.30 pagi.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan bagi kami di Perpustakaan Laman Hikmah khususnya di Unit Promosi. Walaupun beliau baru sahaja dipindahkan ke Unit Promosi tetapi beliau sangat komited dengan tugas yang diberikan. Arwah seorang yang ringan tulang dan mudah diajak berunding. Arwah juga pernah bertugas di Unit Perolehan & Sirkulasi. Hubungan arwah dengan semua staf perpustakaan amat baik sekali dan ini membuatkan kami sangat merasai dengan pemergian beliau.

Arwah dilahirkan pada 24 September 1983 di Johor Bahru. Beliau mula berkhidmat di Perpustakaan UTeM pada 12 Ogos 2008 sebagai Pembantu Perpustakaan dengan menggunakan no. Staf 01561.

Beliau telah berkhidmat dengan UTeM hampir 10 tahun. Arwah seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili Pejabat CIO & UTeM di dalam sukan futsal dan bola sepak.

Pejabat Perpustakaan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Kami mendokan moga rohnya di tempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Majlis Bacaan Yasin utk Saudara Khairul Redzwan

Perpustakaan Laman Hikmah telah mengadakan majlis bacaan Yasin pada 26 Julai 2018 / 3.00 ptg di Bilik Mesyuarat Utama , Perpustakaan Laman Hikmah. Bacaan Yasin ini telah dipimpin oleh En. Azman b. Amir

Majlis bacaan Yasin ini telah dikhususkan buat saudara Khairul Redzwan yang sekarang sedang mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail. Doa kami semoga saudara Khairul Redzwan tabah dan kuat semangat dan dapat bekerja semula seperti biasa. Begitu juga kami berharap keluarga beliau tabah dalam menghadapi ujian dari Allah ini. Kami bersimpati atas apa yang menimpa kepada saudara Khairul Redzwan.

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ إِلَّا حَطَّ اللَّهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Sebagai umat Islam kita seharusnya reda atas setiap ujian dan dugaan, pastinya ada hikmah di sebalik perkara tersebut. Doa kami dari kejauhan buat saudara Khairul Redzwan.

AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH (PLH)

Pada 25 & 26 Julai 2018, PLH telah menjalani Audit Dalaman MS ISO 9001: 2015 bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.  Audit pada kali ini telah diketuai oleh Prof. Madya Norhaziah Md Salleh dan dibantu oleh Encik TG Mohd Faisal Tengku Wook.

Secara keseluruhannya, PLH telah berjaya melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dengan baik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh ditambahbaik bagi melancarkan proses kerja di perpustakaan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga perpustakaan yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang audit dalam ini berlangsung.

 

Jamuan Raya 2018 Perpustakaan Laman Hikmah

Majlis jamuan raya Perpustakaan Laman Hikmah telah diadakan pada 13 Julai 2018. Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi telah diadakan di ruang 24 jam perpustakaan. Persiapan majlis telah bermula sehari sebelum majlis berlangsung. Kerjasama baik yang telah diberikan oleh semua staf melancarkan lagi jamuan raya pada kali ini. Setiap staf telah diberi tugas dan peranan masing-masing bagi memastikan majlis ini berjalan dangan jayanya.

Setiap bahagian berbincang sesama sendiri mengenai menu yang hendak dibawa ketika jamuan tersebut. Antara menu utama adalah mee soto, mee kari, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, kuih muih dan buah-buahan. Lagu raya turut berkumandang ketika majlis ini berlangsung.

Majlis ini turut di meriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Maklumat En. Mohd Isa b. Mohd Dom dan Pengarah Penerbit. Semua staf tanpa mengira pangkat telah bekerjasama bagi memastikan jamuan ini dapat diadakan dengan baik. Tuan CIO turut mengingatkan semua supaya sentiasa menjaga hubungan sesama staf dan keharmonian di tempat kerja. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar pada jam 1.00 petang.

Majlis Iftar CIO 1439H / 2018

Majlis Iftar berbuka puasa gabungan 4 PTJ terdiri daripada  Perpustakaan,  Pusat Perkhidmatan Pengetahuan & Komunikasi, Penerbit dan Pej. CIO telah diadakan pada 8 Jun 2018 (Jumaat) di perkarangan Perpustakaan Laman Hikmah.

Majlis yang bermula pada pukul 6.00 ptg telah dimulakan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak staf pej. CIO. Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Maklumat En. Isa b. Mohd Dom.

Majlis Iftar berbuka puasa ini telah menjadi acara tahunan Pej. CIO dan ini merupakan tahun ke 2 majlis ini diadakan bagi tujuan merapatkan ukhwah dan kasih sayang, serta mewujudkan semangat kekeluargaan dalam keluarga besar CIO. Ianya adalah selari dengan hasrat CIO sendiri dimana keluarga adalah tulang belakang dalam membentuk jati diri dan nilai positif setiap staf.

Prof Datuk TS Dr. Shahrin b. Sahib selaku Naib Canselor UTeM turut dijemput sebagai tetamu pada majlis tersebut. Beliau turut serta solat maghrib secara berjemaah dengan semua staf CIO di perkarangan Perpustakaan Laman Hikmah. Datuk Naib Canselor turut menyampaikan duit raya kepada anak staf pada majlis ini.

Bagi memastikan majlis ini berjalan lancar, setiap PTJ telah diberi tugasan dan peranan masing-masing. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa walaupun berlainan jabatan, berbeza pangkat tetapi dengan semangat kerjasama yang erat majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah. Dianggarkan seratus keluarga hadir pada majlis ini. Pelbagai juadah menarik turut disediakan. Majlis Iftar berakhir pada jam 9.00 malam.

Emerald Training

Dalam menyokong kepada memperkasakan penyelidikan dan inovasi universiti, penyediaan bahan rujukan yang terkini dan relevan adalah amat penting kepada penyelidik dalam menghasilkan penyelidikan yang berinovasi dan penerbitan berimpak tinggi. Sehubungan dengan itu, langganan Pangkalan Data Emerald dilihat satu platform bagi menyokong dan membantu akademik, pelajar serta penyelidik dalam aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan

Unit Bantuan Penyelidikan dengan kerjasama Emerald Publishing telah mengadakan Emerald Training pada 23 Mei 2018. Sesi ini telah diadakan di Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan Laman Hikmah UTeM bermula jam 10.00 – 11.00 pagi. Seramai 12 peserta telah hadir yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar pasca siswazah dan pustakawan. Emerald Training ini telah dikendalikan oleh Elvin Cheah (Business Manager) wakil dari Emerald.

Latihan ini memfokuskan kaedah carian dan penggunaan pangkalan data Emerald serta tatacara penulisan artikel jurnal di Emerald. Peserta juga memberi cadangan agar sesi penerbitan bersama Emerald diadakan pada masa akan datang.

Seminar Penulisan VIRAL @ MEDIA SOSIAL

Portal UTeM

Perpustakaan Laman Hikmah dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi (PPPK), Penerbit Universiti dan Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori (PPPC) telah menganjurkan Seminar Penulisan Viral @ Media Sosial yang  telah berlangsung di Auditorium, Canselori UTeM pada 14 Mei 2018 (Isnin). Hampir 60 orang peserta dari dalam dan luar UTeM telah menghadiri seminar ini. Turut hadir bersama adalah En. Azman bin Hj. Ayup selaku Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Timbalan-Timbalan Ketua Pustakawan dan pegawai-pegawai dari Seksyen Rujukan, perpustakaan.

Penganjuran seminar ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran dan mengajak orang ramai bagi memanfaatkan penggunaan media sosial secara bijak serta meningkatkan kemahiran penulisan yang betul di media sosial. Seminar ini telah disampaikan oleh En. Khairul Hakimin Muhammad yang terkenal dengan jolokan Bapa Viral Kebangsaan dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis buku dan seorang yang gemar memasak di mana resepi-resepi beliau sering dikongsikan melalui penulisan. Di antara buku yang mendapat sambutan ramai ialah Rahsia Bapa Viral Kebangsaan, Brownies Paling Agung, Bintang Al-Nilam Di Langit Mentakab dan Emak Rindu Mathanga Erissery.

Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan tips membuat ulasan isu trending dan viral, bagaimana meningkatkan followers dan share, sifir mudah logaritma facebook berfungsi serta cara menulis social content dengan berkesan. Seminar yang berlangsung selama 3 jam ini juga turut memberi ilmu kepada para peserta untuk mengembangkan lagi perniagaan melalui promosi di media sosial dengan menggunakan teknik dan penulisan yang positif serta berpengaruh.

Seminar telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari  dengan sesi fotografi dan jamuan tengah hari. Semoga dengan penganjuran seminar ini dapat memberi banyak tips dan manfaat berkaitan penulisan viral kepada peserta yang hadir dan secara tidak langsung dapat meningkatkan bilangan followers di media sosial dengan cara yang mudah dan betul. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan seminar ini!